Saturday 15 June 2013

CIRI-CIRI IMAM

1. MEMPUNYAI AQIDAH YANG SAHIH
2. BERAKHLAK DENGAN AKHLAK ISLAM - SABAR, ZUHUD, IKHLAS, BENAR,AMANAH, BIJAK, TABLIGH DLL.
3. GIGIH MENDALAMI ILMU AGAMA DARI SEMASA KE SEMASA.
4. MENGGABUNGKAN DIRI DENGAN AMALAN ISLAM SECARA JELAS DAN ISTIQAMAH (KONSISTEN).
5. BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENGISLAH DAN MENYATUPADUKAN JEMAAH DAN MASYARAKAT ATAS DASAR IMAN DAN TAKWA.
6. MENJADI EJEN ATAU TAJDID KE ARAH KEBANGKITAN ISLAM DI DUNIA.
7. MENJAGA DAN MEMELIHARA MARUAH DIRI SEBAGAI IMAM.
8. MEMAHAMI ISU-ISU SEMASA YANG DIRENCANAKAN OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM.
9. BERUSAHA DENGAN GIGIH UNTUK MEMPERTAHANKAN DAN MENGEMBALIKAN FUNGSI RUMAH ALLAH SEBAGAI INSTITUSI UNTUK MENYEMAI AQIDAH, UKHUWAH, TARBIAH ISLAMIAH DAN PENYEBAR SYARIAT DAN SYIAR ISLAM.
10. MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA MENJADI ALAT KEPADA AKTIVITI YANG BERCANGGAH DENGAN DASAR-DASAR ISLAM AGAR TIDAK TIMBUL PERPECAHAN DALAM KALANGAN JEMAAH DAN MASYARAKAT.
11. MEMPERTINGKATKAN KEWIBAWAAN DIRI DALAM PENCAPAIAN MUTU PEMBACAAN DAN PENYAMPAIAN KHUTBAH.
12. BERUSAHA DENGAN PENUH HIKMAH AGAR RUMAH ALLAH TIDAK DIJADIKAN SEBAGAI GELANGGANG POLITIK KEPARTIAN DAN KEDUNIAAN.
13. BERUSAHA MENGELAKKAN AHLI KARIAH DARIPADA TERLIBAT DALAM AMALAN BIDAAH DAN KHURAFAT.
14. BERUSAHA DENGAN PENUH HIKMAH KE ARAH MEMPERTINGKATKAN PENGIMARAHAN DARI SUDUT KEHADIRAN JEMAAH, PROGRAM PENGAJIAN, DAN TARBIAH.

ETIKA/ADAB IMAM

1. IMAM IALAH INDIVIDU YANG DICONTOHI DAN DIIKUTI.
2. PARA IMAM MERUPAKAN PENYAMBUNG TUGAS ATAU PENERIMA WARISAN DARIPADA RASULULLAH SAW.
3. PARA IMAM MEMEGANG AMANAH ALLAH, RASUL, AHLI KARIAH DAN PARA MAKMUM.
4. IMAM IALAH KALANGAN TERPILIH DI SISI MASYARAKAT DAN BERTANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMIMPIN DAN MENJADI TELADAN.

Saturday 26 May 2012

SAHIH MUSLIM

Daripada Abdullah R.A, katanya, "Sesiapa yang ingin bertemu dengan Allah kelak sebagai seorang Muslim yang sempurna, maka hendaklah ia selalu solat berjemaah setiap kali mendengar azan, kerana Allah telah mengukuhkan hukum-hukum Allah kepada Nabi-Nya. Antaranya ialah solat berjemaah itu. Andainya kamu bersolat bersendirian di rumah, tidak datang ke rumah Allah seperti halnya tidak datang ini, bererti kamu meninggalkan sunah Nabi kamu. Apabila kamu meninggalkan sunah Nabi bererti kamu sesat. Sesiapa yang berwuduk dengan sebaik-baiknya, kemudian pergi ke salah satu masjid maka ditulis oleh Allah baginya untuk setiap langkahnya satu pahala kebajikan dan diangkat darjatnya satu darjat, serta dihapuskan daripadanya dosa satu kejahatan. Menurut pendapat kami orang yang tidak suka solat berjemaah di masjid ialah orang-orang munafik. Namun masih ada orang yang pergi solat berjemaah di masjid,(yang uzur) dipapah oleh dua orang lelaki sehingga ia ditegakkan di dalam saf."

Thursday 3 May 2012



JADUAL PENGAJIAN BULAN MEI

TARIKH/HARI
TENAGA PENGAJAR
KITAB
02.05.2012 (RABU)
UST. TARMIZI SAHARI
MUNAKAHAT
04.05.2012 (JUMAAT)
UST. AHMAD FIKRI
TAFSIR JUZU AMMA
06.05.2012 (AHAD)
UST. ABDULLAH SANI

08.05.2012 (SELASA)
UST. YUSRI
HIDAYATULSIBYAN
11.05.2012 (JUMAAT)
UST. HAFIZ AL-HAFIZ
BULUHUL MARAM
14.05.2012 (ISNIN)
UST. JOSHUADE
MUAMALAT
16.05.2012 (RABU)
UST. RADZI
PENAWAR BAGI HATI
18.05.2012 (JUMAAT)
UST. HILMI SENIK
HADIS 40
21.05.2012 (ISNIN)
UST. AHMAD CHE PIN
HADIS DAN FEQAH
23.05.2012 (KHAMIS)
UST. MARZUKI
FEQAH
24.05.2012 (RABU)
UST. ABQARI HISAN
MINHAJ MUSLIM
DITUNDA
USZH. SUHAILA
KAUM IBU (9.00 PAGI)

Monday 23 April 2012

MENGAPA PERLU BETULKAN SOLAT ?

"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat" sabda Rasulullah S.A.W

Amat penting untuk kita bersolat dengan kaedah yang betul kerana :


  1. Hanya solat yang betul sahaja yang diterima oleh Allah 
  2. Wajib mencontohi sunnah - selain cara sunnah ibadah tidak akan sampai kepada Allah 
  3. Solat cara Rasulullah merupakan solat yang terbaik 
  4. Solat yang diterima Allah hanyalah yang diambil daripada Allah S.W.T (melalui peristiwa Israk dan Mikraj) 


PERANAN TAKBIR KEPADA IMAM 

"Disunatkan (amat dituntut) imam memanjangkan takbir dan menyamakan ucapan takbir dengan pergerakan dari pergerakan mula hingga ke pergerakan akhir sesuatu rukun. Hal ini kerana, mengikut sunnah Rasulullah S.A.W di samping menjadikan seluruh pergerakan itu dipenuhi dengan pahala zikrullah".
(kata-kata para ulama Syafiiah)

PERANAN TAKBIR KEPADA MAKMUM 


  1. Perintah imam kepada makmum untuk mengikutinya (wajib dipatuhi).
  2. Pemberitahuan imam kepada makmum tentang pergerakan daripada satu rukun kepada satu rukun yang berikutnya.
  3. Memberikan panduan kepada makmum untuk bergerak mengikut imam secara yang betul.
  4. Makmum haruslah bergerak mengikuti imam setelah imam menyelesaikan lafaz takbir.
  5. Untuk menyeleraskan atau menyeragamkan pergerakan semua makmum. 
Perhatian
Oleh sebab besarnya peranan takbir imam, maka imam dikehendaki menguatkan ucapan takbirnya supaya didengari oleh semua makmum walaupun dalam solat sir (solat yang diperlahankan bacaannya seperti waktu Zuhur dan Asar).


ADAB-ADAB IMAM YANG BERHUBUNG DENGAN SOLAT 

  1. Bertakbiratul ihram setelah saf rapat, lurus dan penuh. 
  2. Mengingatkan para makmum supaya merapatkan, meluruskan dan memenuhkan saf sebelum beratkbiratul ihram. Sambil berpaling ke kanan dan ke kiri atau menghadap kepada makmum.
  3. Elakan daripada bertakbiratul ihram berkali-kali.
  4. Memendekkan  lafaz takbiratul ihram iaitu pada hukum mad pada huruf "lam" dalam kalimah lafaz al-jalallah dengan kadar dua harakat sahaja.
  5. Menyamakan pergerakan dengan lafaz takbiratul ihram, takbir intiqalat dan tasmik supaya para makmum tidak menyamai imam atau mendahului pergerakan imam supaya mereka mendapat fadilat solat jemaah yang sempurna. 
  6. Menunggu makmum yang hampir hendak masuk sembahyang sebelum bertakbiratul ihram. 
  7. Menunggu makmum yang masbuq di dalam rukuk untuk membolehkannya mendapat bilangan rakaat.
  8. Menunggu makmum muwafiq yang ketinggalan daripada imam (kerana keuzuran) dalam sujud kedua sehingga ia rukuk supaya sembahyangnya tidak menjadi batal dan tidak kehilangan fadilat jemaah.
  9. Menunggu makmum yang hampir hendak berjemaah dalm tahiyat akhir supaya ia mendapat fadilat berjemaah.
  10. Menunggu makmum membaca Fatihah sebelum membaca surah (pada sembahyang nyaring) supaya  mereka dapat mendengar dengan teliti bacaan surah imam.
  11. Menunggu makmum sehingga mereka bangun berqiyam pada qiyam rakaat kedua sebelum imam membaca al-Fatihah (pada solat nyaring).
  12. Memelihara kesemua sunat-sunat sembahyang supaya solat jemaah mendapat fadilat yang sempurna.
  13. Memastikan solat jemaah didirikan pada awal waktu.
  14. Menganankan atau menghadap makmum ketika berwirid.
  15. Memendekan wirid jika ada majlis ilmu atau aktiviti agama.
  16. Jangan melakukan sesuatu yang boleh mengelirukan makmum semasa sembahyang walaupun perkara itu dibolehkan. 
  17. Sentiasa hadir dalam setiap aktiviti masjid atau surau, dalam solat jemaah walaupun dalam tugas imam yang lain serta majlis-majlis ilmu.
  18. Berpakaian yang memperlihatkan sahsiah imam.
  19. Jangan mencuaikan solat-solat sunat terutama solat witir dan rawatib.
  20. Semua bacaan yang disunatkan nyaring di samping dibaca dengan betul dan fasih hendaklah dibaca dengan suara yang jelas, lantang dan sederhana kelajuannya terutamanya bacaan khutbah, bacaan fatihah dan bacaan surah.
  21. Pergerakan ketika beredar daripada satu rukun kepada satu rukun yang lain hendaklah dilakukuan dengan sederhana, tidak terlalu lambat sehingga didahului oleh makmum dan tidak terlalu cepat sehingga tidak sempat diikuti oleh makmum.
  22. Memperlahankan wirid dan doa jika ada makmum yang menambah rakaat.
  23. Menjaga akhlak diri dan keluarga supaya tidak tercemar maruah dan sahsiah imam.
  24. Bersikap tawduk, mesra dan mengambil berat tentang hal ehwal ahli jemaah dan masyarakat setempat.
NOTA KULIAH AL-USTAZ HJ ZULKARNAIN BIN HJ IBRAHIM











Tuesday 13 December 2011

CERAMAH AGAMA SEMPENA MAAL HIJRAH 1432

TARIKH : 13/12/2011
HARI : SELASA
TEMPAT : SURAU AL-ITTIHAD
JAM : SELEPAS MAGHRIB
PENCERAMAH : USTAZ AKMAL BIN KAMARUDDIN

Friday 25 November 2011

Majlis Bacaan Doa Sempena Akhir Tahun

Pada petang ini 26/11/2011 bersamaan dengan 30 Zulhijjah 1432. Pada pukul 6.45 petang. Warga Muslim Taman Menteri dijemput hadir. Doa akhir tahun akan diadakan selepas solat Maghrib.

                        Doa akhir tahun


                         Doa awal tahun